Anjoran Nasib (1952)
| Anjoran Nasib[1] | |
|---|---|
| Keratan akhbar menunjukkan iklan filem anjoran nasib dari Singapore Standard 1 Mei 1952. Keratan akhbar filem anjoran nasib 1952 | |
| Directed by | B. S. Rajhans |
| Written by | B. S. Rajhans |
| Screenplay by | B. S. Rajhans |
| Produced by | R. R. Shaw |
| Starring | |
| Edited by | Bharat Rajhan |
| Music by | Yusof B. |
Production company | Malay Film Productions |
| Distributed by | Shaw Organisation |
Release date |
|
Running time | 108 minit |
Maklumat Tambahan | |
Anjoran Nasib (Judul Inggeris: a Twist of Fate) ialah sebuah filem drama, komedi romantik yang diterbitkan pada tahun 1952 di Singapura.
Title Credit
Malay Film Productions Ltd Mempersembahkan
Anjoran Nasib
Lakonan
Mariam
P. Ramlee
Dengan
D. Harris
Musalmah
Omar Rojik
R. Azmi
Sa'diah
Harun Omar
Dibantu Oleh
S. Sudarmadji
Ahmad C.
Salleh Kamil
Sa'amah
Marliah
Salleh W.
Juru gambar
Chow Chan Kok
Juru Suara
C.M. Lee
Chan Chou Tong
Penyunting Film
Bharat Rajhan
Penchipta
Senilagu: Yusof B.
Gurindam: S. Sudarmadji
Tarian
E. Castillo
Pelukis Pemandangan
M. Sulaiman
Penolong2
Juru Gambar: Bakar Lahak
Juru Suara: Lam Ah Toon
Penjaga Sambongan: Veronica Bosito
Penolong Pengarah Dan Senikata
Ibrahim Ali
Di-Keluarkan Oleh
R.R. Shaw
Diatur Dan Diarahkan Oleh
B.S. Rajhans
Barisan Pelakon
- P. Ramlee sebagai Bahar
- Mariam sebagai Maimun
- Harun Omar sebagai Mohd Yusof, Kamal
- Sa'amah sebagai Ainun (Ibu Bahar, isteri pertama Yusof)
- Aini Jasmin sebagai Ibu Ramlah, Isteri kedua Yusof (cameo, tidak dikreditkan)
- Saadiah sebagai Ramlah (anak isteri kedua)
- Omar Rojik sebagai Sidek (pembantu Yusof)
- R. Azmi sebagai Razak (adik Yusof)
- Musalmah sebagai Norlia
- Daeng Harris sebagai kawan Kamal
- Ahmad C sebagai orang gaji Yusof
- Marliah sebagai Halimah (tukang masak Yusof)
- Salleh Kamil sebagai anggota polis
- S. Sudarmaji sebagai anggota polis
Plot
Runut Bunyi
- "Unknown" - unknown
- "Instrumental" - unknown
- "Berjuanglah Pahlawanku" - Lena & MFP Chorus
- "Nyanyian Asmara" - P. Ramlee & Lena
- "Keroncong Senjakala" - Momo Latiff
- "Bunga Rose" - Lena, Syed Hamid, R. Azmi & P. Ramlee
- "Ayah" - Momo Latiff
- "Gelora Jiwa" - P. Ramlee & Lena
- "Berdendang Ria" - P. Ramlee, Lena & Momo Latiff
Ulasan
Filem ini diedarkan dalam bentuk VCD dari Music Valley, lebih kurang 1 jam 48 minit panjangnya. Terdapat dua adegan dengan "cuts" atau "abrupt end", mungkin berlaku akibat kerosakan tape, mungkin juga begitulah teknik suntingannya. Terdapat juga bahagian filem dengan audio rosak seperti bunyi "muffled", "hissing" dan "grinding noise" yang menyebabkan kita tak dapat nikmati filem ini dengan sepenuhnya. Untuk makluman, pada era ini rakaman audio filem masih menggunakan kaedah optical. Pada pendapat saya, reel tape filem ini berada dalam keadaan daif dan ia digunakan sebagai sumber untuk pemindahan ke VHS -> VCD.
Apa-apapun filem ini mengandungi banyak lagu (8 dari kiraan saya). Baru sahaja 20 minit filem berlangsung kita telah disajikan dengan 3 lagu. Lagu-lagu filem ini ternyata menghiburkan. Gandingan P. Ramlee dan Mariam amatlah sesuai di period ini.
Tema filem ini berkisar pada "mistaken identity" / pelanduk dua serupa yang membawa kepada situasi-situasi lucu. Saya tidak pasti hendak kategorikan filem ini sebagai drama atau komedi romantik. Pada mulanya filem ini bernada serius seperti drama tetapi lama kelamaan beralih menjadi komedi.
Di sini, kita boleh nampak P. Ramlee masih dalam proses mengasah bakat komedinya. Kita juga boleh nampak beliau sedikit sebanyak mengajuk style komedi yang dibawa oleh Daeng Harris (bapa mertuanya ketika itu). Daeng Harris, seperti biasa membawa peranan "comic relief" dengan jayanya.
Seniwati Mariam waktu ini masih muda dan ramping, pilihan "heroine" yang sangat sesuai. Sayang sekali menjelang tahun 60an beliau banyak menggalas watak pelakon pembantu. Satu peringatan untuk kita bahawa "prime time" industri hiburan cuma 10 tahun.
P. Ramlee & Omar Rojik masih kurus di dalam filem ini. Kedua-duanya bakal menjadi orang penting di Studio Jalan Ampas dalam masa beberapa tahun lagi. Sa'adiah pula baru mencecah 15 tahun dan masih lagi memegang watak anak remaja (beliau akan menjadi popular 2 tahun kemudian dengan filem "Iman" dan seterusnya menjadi superstar filem Melayu)
Bagi saya, persembahan dari Harun Omar adalah pemenangnya. Beliau berjaya membawa 2 watak, iaitu seorang saudagar kaya dan seorang penyeluk saku dengan cemerlang. Seterusnya pujian untuk R. Azmi kerana membawa peranan "villain" dengan baik. Saya berasa hairan kenapa filem beliau sangat sedikit, mungkin beliau lebih fokus ke bidang nyanyian agaknya.
Musalmah pula membawa watak "side kick" kepada R. Azmi, tetapi saya rasa ia kurang menjadi, bukanlah bermaksud lakonan beliau tidak bagus, tetapi kemanisan wajah "girl next door" beliau tidak sesuai sebagai "side kick" antagonis.
Seniwati Sa'amah (paling diingati sebagai Mak Sudin dalam Bujang Lapok), yang membawa watak ibu Bahar juga berjaya menyerikan filem ini. Tidak lupa juga, gandingan Ahmad. C dan Marliah yang berlakon menjadi orang gaji yang lucu. Selalunya pada era ini, duo watak pembantu dijadikan sebagai comic relief, contohnya A.R Tompel & Siti Tg. Perak dalam Rachun Dunia (1951) dan juga S. Shamsuddin & Aini Jasmin dalam Yatim Piatu (1952).
Ada juga cameo dari S. Sudarmadji dan Salleh Kamil sebagai anggota polis, serta cameo yang sangat kecil dari Aini Jasmin (cuma muncul dalam gambar), beliau langsung tidak mempunyai screen time.
Sesuai dengan judul Englishnya, "A twist of fate", filem Anjoran Nasib ini mengandungi banyak twist untuk senaman minda penonton. Pada pendapat saya, Harun Omar lah watak utama filem ini, bukannya P. Ramlee & Mariam. Mungkin ini juga salah satu dari plot twistnya.
Dialog Pilihan
Death Count
Rujukan
- ↑ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Retrieved 2026-01-30.
