Bujang Lapok (1957)
| Bujang Lapok | |
|---|---|
| Poster menunjukkan lukisan wajah 3 pelakon berserta tulisan 6 big stars Poster filem bujang lapok 1957 | |
| Directed by | P. Ramlee |
| Written by | B. H. Chua, P. Ramlee |
| Screenplay by | P. Ramlee |
| Produced by | Run Run Shaw |
| Starring | |
| Edited by | H. R. Narayanan |
| Music by | Kassim Masdor, P. Ramlee |
Production company | Malay Film Productions |
| Distributed by | Shaw Organisation |
Release date |
|
Running time | 95 minit |
Maklumat Tambahan | |
| Genre | komedi, romantik, keluarga |
| Status | Ada |
| Format Warna | Hitam Putih |
| Kualiti Sumber | TVRip & VCD |
| Koleksi | Komedi P. Ramlee |
| Siri | Bujang Lapok |
| Kronologi | → Pendekar Bujang Lapok |
| “ | Jangan marah haa... | ” |
—Semua | ||
Bujang Lapok (Judul Inggeris: "The Worn Out Bachelor") ialah sebuah filem komedi yang diterbitkan pada tahun 1957 di Singapura.
Ia diarahkan oleh P. Ramlee dan cerita asalnya hasil dari B. H. Chua. Kemungkinan filem ini diinspirasi dari filem komedi bertema rumah pangsa/flat yang popular di Hong Kong pada tahun 50-an. Tema seperti ini juga boleh dirasai dalam filem Setinggan serta siri TV komedi legenda Rumah Kedai dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Ini filem yang signifikan kerana ia percubaan pertama P. Ramlee mengarah filem komedi dan langsung berjaya di box office, seterusnya memberi momentum kepada kewujudan siri filem-filem Bujang Lapok itu sendiri.
Sekuelnya, Pendekar Bujang Lapok (1959) berjaya memenangi anugerah filem komedi terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-4 di Kuala Lumpur. Ini menyedarkan P. Ramlee bahawa ada market untuk filem-filem komedi yang simple dan mudah dihadam tetapi tetap mengandungi unsur-unsur pengajaran dan teladan.
Title Credit
Malay Film Productions Ltd.
present
Bujang Lapok
Starring
- S. Shamsuddin
- Aziz Sattar
- P. Ramlee
Co-starring
- Zaiton
- Normadiah
Supported by
- Siti Tanjung Perak
- Sa'amah
- M. Babjan
- Shariff Dol
- Malik Sutan Muda
With
- Prani Pramot
- Nen Junainah
- Rokiah
- Kemat Hassan
- Em. Rafee
- Bibah
- Nyong Ismael
Introducing
Dayang Sofia
Rahayu Madji
Story - B. H. Chua
Screen-Play and Dialogue - P. Ramlee
Continuty - Kassim Masdor
Music2 Arrangements - P. Ramlee
Lyrics - S. Sudarmadji
Orchestra - B. Yusoff
Playback-Singers
Asiah
Nen Junainah
Normadiah
Jasni
P. Ramlee
Photography
A. Bakar Ali
Audiography - Kamal Mustafa
Editor - H. R. Narayanan
Art Director - Mustafa Yasin
Laboratory - Lim Yew Hai
Processing - Wong Hong Peng
Stills - A. Rahim
Still Photo Dept. - Lee Leong Hing
Assistants
- Director - S. Sudarmadji
- Camera - Yaakob Mahmud
- Sound - Chua Soh Tong
- Editors - P. V. Jhon, K. K. Raman
- Music - Kassim Masdor
Produced By
- Run Run Shaw
Barisan Pelakon
- P. Ramlee sebagai Ramli
- S. Shamsuddin sebagai Sudin
- Aziz Sattar sebagai Aziz @ Ajis
- Zaiton sebagai Zaiton
- Dayang Sofia sebagai Safiah
- Normadiah sebagai Cik Norma
- Siti Tg. Perak sebagai Mak Zaiton
- Sa'amah sebagai Mak Sudin
- Sri Rahayu Sudarmaji sebagai Ayu
- M. Babjan sebagai Bapa angkat Safiah
- Shariff Dol sebagai Pemiutang bapa angkat Safiah
- Malek Sutan Muda sebagai Pengurus pejabat
- Kemat Hassan sebagai Rakan sekerja Sudin
- M. Rafiiee sebagai Pelanggan restoran
- Pranee Pramote sebagai Pelanggan restoran
- Norsiah Yem sebagai Pelanggan restoran
- Rokiah sebagai Pelanggan restoran
- Nyong Ismail sebagai Pak Nyong (jiran)
- Minah Yem sebagai Mak Nyong (jiran)
- Raden Sudiro sebagai Tok Imam (cameo)
Plot
Gelagat dan resam kehidupan 3 orang sahabat (Ramli, Aziz a.k.a Ajis, dan Sudin) yang masih belum mendirikan rumah tangga. Mereka menyewa bilik di rumah sewa (boarding house) kepunyaan Cik Norma, seorang janda kaya yang dihormati penduduk kampung.
Ramli bekerja sebagai salesman, Sudin pula sebagai kerani pejabat manakala Aziz sebagai pemandu lori.
Sudin menjalin hubungan cinta dengan Zaiton, anak kepada orang kaya yang tinggal di sebelah kawasan rumah sewa tersebut, tetapi hubungan mereka terpaksa dirahsiakan kerana emak Zaiton hanya ingin menjodohkannya dengan orang yang sama taraf.
Aziz pula menaruh perasaan terhadap Safiah, seorang gadis yang tinggal bersama bapa angkatnya yang bengis, seorang pemabuk dan suka berjudi. Safiah terpaksa menahan perasaan malu kerana sering meminjam beras dari Cik Norma, pemilik rumah sewa tersebut.
Sudin dan Aziz sedar Cik Norma menaruh hati terhadap Ramli, tetapi Ramli masih langsung tidak menyedarinya.
Suatu hari, Mak Sudin melawat bilik sewa anaknya dan tinggal di sana selama beberapa hari untuk membantu kerja-kerja rumah. Kisah cinta Sudin-Zaiton akhirnya diketahui Mak Sudin melalui adik Zaiton, Ayu yang suka menyakat dan meminta upah 20 sen.
Ramli pula masih berusaha mencari jodoh dan keluar dengan seorang kenalan wanita, tetapi akhirnya menjadi mangsa "scam" / "ghosting" di mana wanita tersebut meninggalkan restoran setelah dibelanja minum. Akibat kecewa ditipu, dia berbuat keputusan untuk bersiar-siar di tasik dan terserempak dengan Cik Norma. Cik Norma meminta nasihat kerana dia sudah jatuh hati dengan seorang lelaki dan ingin menamatkan zaman jandanya, tetapi Ramli masih lagi bingung dan tidak mengetahuinya walaupun telah diberikan petunjuk.
Menjelang malam, situasi berubah 180 darjah, apabila Zaiton menolak cadangan emaknya agar dia berkahwin dengan anak orang kaya. Ayu membocorkan rahsia percintaan Zaiton dan Sudin kepada emaknya lantas emak Zaiton datang mengamuk di rumah sewa Sudin dan menyalahkan Sudin atas sikap Zaiton yang sudah berani melawan. Berlaku pertengkaran lucu antara Mak Zaiton dan Mak Sudin yang turut menjadi salah satu babak ikonik dalam filem ini.
Mujur Ramli telah sampai di rumah dan menggunakan ketajaman akalnya untuk meleraikan pertengkaran itu.
Mereka seterusnya berbincang mencari jalan penyelesaian untuk masalah itu, dan Ramli mencadangkan agar Cik Norma menjadi orang tengah dan datang berbincang dengan emak Zaiton, kerana Cik Norma seorang yang disegani di kampung itu.
Pada masa yang sama di tempat yang berbeza, Sudin yang sedang berehat di tepi sungai, terkejut dengan tindakan Safiah yang ingin membunuh diri dengan terjun ke sungai.
Dia menyelamatkan Safiah dan membawanya ke rumah sewa, tetapi bapa angkat Safiah datang ke rumah sewa dan memukul Aziz serta menuduh Aziz melarikan Safiah.
Mujur untuk kali kedua, Ramli menyelamatkan suasana, dia terpaksa mempertahankan diri dari serangan bapa Safiah serta langsung membalas pukulannya. Dia meninggikan suara dan memberi nasihat/teguran keras agar bapa Safiah berubah. Bapa Safiah berasa malu, menyesal dengan perbuatannya dan bertekad untuk berubah.
Keesokan harinya, Cik Norma dan Mak Sudin bertandang ke rumah Mak Zaiton dan mereka berbaik semula. Akhirnya percintaan Sudin-Zaiton mendapat restu dan emak mereka berdua mula berbincang mengenai hantaran. Mak Zaiton meminta hantaran seribu serba satu dan Mak Sudin turut bersetuju dengannya. Dia berasa yakin saudara maranya yang kaya akan sudi meminjamkan wang untuk hantaran kahwin Sudin nanti.
Ramli pula masih tetap berusaha mencari jodoh dan keluar makan dengan wanita lain di restoran, tetapi wanita tersebut sanggup berpindah meja bersama teman lelaki yang lain. Dia kemudiannya ternampak wanita yang menipunya tempoh hari dan mengekorinya hingga ke rumah. Rupa-rupanya wanita tersebut adalah orang susah dan terpaksa menipu demi kelangsungan hidup keluarganya.
Berita buruk pula menimpa Sudin kerana saudara-maranya tidak mahu meminjamkan wang dan suasana di rumah sewa menjadi sugul. Ramli yang baru sahaja sampai di rumah menjadi hairan dan bertanya kepada Sudin, dan sekali lagi Ramli menjadi penyelamat dan "mastermind" dalam masalah ini.
Mereka membuat sesi "brain storming", Ramli mencadangkan kepada Zaiton agar cincin berlian emaknya digadai dan dijadikan modal untuk hantaran. Zaiton bersetuju dan bermulalah gelagat lucu untuk mendapatkan cincin tersebut.
Setelah semuanya selesai, Sudin-Zaiton dan Aziz-Safiah melangsungkan perkahwinan. Ramli pula masih lagi berusaha mencari jodoh. Dia membelanja seorang wanita minum di restoran tempat biasanya, tetapi malangnya wanita tersebut memanggil adik-beradiknya yang ramai. Akhirnya, Ramli terpaksa menggadai pakaiannya ke tauke restoran itu sebagai bayaran dan pulang ke rumah sewa dengan keadaan compang-camping hingga menyebabkan orang-orang di sana menyangka dia adalah hantu.
Cik Norma menyelamatkan keadaan dan memberi Ramli pakaian. Cik Norma akhirnya meluahkan perasaan dan Ramli akhirnya tersedar perkara sebenarnya. Mereka terus diijabkabulkan. Filem berakhir dengan adegan mereka berenam berjalan seiringan dan mengucap tagline "Jangan marah haa" ke kamera (breaking the fourth wall).
Runut Bunyi
- "Nak Dara Rindu" - P. Ramlee
- "Resam Dunia" - P. Ramlee, Normadiah
- "Manusia" - Jasni, Nona Asiah
- "Pengantin Bersanding" - Jasni
Ulasan
Filem ini merupakan social commentary terhadap isu-isu semasa di zaman itu, seperti masalah setinggan, hantaran kahwin yang tinggi, etc. Ada juga teguran mengenai masalah judi serta dilema etika hidup - ketidakjujuran manusia dalam urusan hidup demi survival hidup itu sendiri.
Ada sedikit adegan dipotong (sangat sedikit mungkin cuma 4-5 saat, iaitu ketika menyebut nama dalam akad nikah di penghujung filem), untuk yang complete anda perlu mencari VHS copy dari private collector.
Semua VCD dan siaran TV dipotong dan tidak mengandungi adegan singkat itu. Dari segi home media, terdapat VCD NNB & Music Valley (bagi saya, kedua-dua VCD ini sumber kedua terbaik), sumber terbaik setakat ini ialah rakaman siaran lama dari Astro Prima (4:3 aspect ratio)
Ada juga DVD dari pihak Music Valley, tetapi DVD ini cuma upscale dari VCD mereka (low quality) jadi, tidak berbaloi untuk dibeli.
Hak penyiaran filem ini sekarang dipegang oleh Astro, dan boleh ditonton di saluran Astro & VOD Sooka, tetapi saya melihat sedikit trend yang membimbangkan iaitu menyiarkan versi fake widescreen, di mana filem dicrop di bahagian atas & bawah untuk memuatkan ia ke HDTV.
Jika anda seorang purist, cuba usahakan untuk menonton versi 4:3 aspect ratio (versi kotak), yang available dari rakaman para ripper (dari siaran Astro yang lama) ataupun dapatkan VCD yang disebut di atas.
Kemungkinan tape filem 35mm dan 16mm telah hilang. Apa yang kita tonton hari ini cuma salinan VHS ke VCD dan di upscale oleh pihak stesen TV.
Fakta / Trivia
- Filem debut Dayang Sofia.
- Filem pertama dalam siri filem-filem Bujang Lapok.
- Sekuelnya ialah sebuah sekuel standalone berjudul "Pendekar Bujang Lapok" terbitan tahun 1959.
Dialog Pilihan
| “ | Bujang Lapok tak sedar diri! Entah ubat guna apa yang dia sudah kasi pada anak saya sampai anak saya berani menolak pinangan orang! | ” |
—Mak Zaiton | ||
| “ | Jangan marah haa... | ” |
—Semua | ||
Death Count
1. Ayam sembelihan Pak Nyong
