Habsah Buang
Habsah Buang | |
|---|---|
| Born | Habsah Binti Buang 1919 Pitt Street, Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
| Died | 28 April 1994 (aged 74–75) |
| Occupation(s) | Penyanyi, penari, pelakon |
| Years active | 1938–1975 |
| Employer | Malay Film Productions |
| Spouse | Mohd Leon |
| Children | 6 (termasuk Hashimah Yon) |
Habsah binti Buang atau lebih dikenali sebagai Habsah Buang (turut dikreditkan sebagai Habsah atau Hapsha dalam sesetengah filem) merupakan seorang pelakon dan penari era 40an 50-an/60-an. Habsah Buang di lahirkan di Singapura, Di Pitt Street, berdekatan dengan Jalan Besar pada tahun 1919. Pada usia yang sangat muda iaitu antara 7-8 tahun, beliau telah pun berkecimpung di arena pentas Bangsawan, mengikuti Borneo Star Opera dan menjelajah beberapa bandar di Nusantara dan Tanah Semenanjung.
Penglibatan
Mak Habsah mula melibatkan diri dalam dunia filem seawal tahun 1940-an dan diantara filem-filem yang beliau lakonkan adalah seperti filem Bermadu, Topeng Shaitan dan Terang Bulang di Malaya dimana beliau telah diberi peranan utama dalam filem ini. Pada lewat tahun 1941, beliau telah berlakon dalam filem berjudul Mata Hantu namun penggambaran itu dihentikan kerana Tentera Jepun telah menyerang Singapura.
Sewaktu pendudukan Jepun, Mak Habsah tinggal di Lorong Engku Aman, Di Geylang, berhampiran dengan rumah Wak Jarr, datuk kepada Biduanita Kartina Dahari. Apabila Pegawai Jepun mengetahui bahawa Mak Habsah adalah pelakon filem, beliau telah disuruh menganggotai kumpulan Budaya Jepun yang dipanggil Nippon Buyoh untuk menghiburkan askar-askar Jepun dengan tarian dan lawak jenaka. Setelah Tentera Jepun berundur pada tahun 1945, dunia filem dihidupkan semula, dan Mak Habsah pun tidak melepaskan peluang untuk kembali berlakon dihadapan kamera.
Diantara filem-filem lakonan beliau semasa era Keemasan perfileman Melayu adalah Penarik Beca, Anak Ku Sazali, Nasib Labu Labi, Isi Neraka, Hulubalang Daik, Batu Durhaka dan banyak lagi. Antara filem lakonan beliau yang popular ialah "Dayang Senandong", beliau memegang watak sebagai Permaisuri yang kejam terhadap menantunya yang hitam legam.
Perkahwinan
Beliau telah mendirikan rumah tangga ketika berusia 13 tahun bersama Encik Yon @ Mohd Leon merupakan seorang pelakon bangsawan yang juga adik beradik pelakon, M. Suki dan mempunyai 5 anak hasil dari pekahwinan itu. Salah satu anak beliau yang menjadi pelakon popular semasa di Jalan Ampas adalah Seniwati Hashimah Yon.
Kematian
Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 28 April 1994 di Blok 22, Evenue 1, Bedok South, Singapura jam 1.10 pagi ketika berusia 75 tahun kerana sakit tua meninggalkan enam orang anak dan lebih dua puluh orang cucu.
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1940 | Mutiara | Filem pertama | |
| 1941 | Bermadu | ||
| Toping Saitan | |||
| Ibu Tiri | |||
| Terang Bulan Di Malaya | |||
| 1952 | Antara Senyum dan Tangis | Pelakon tambahan | |
| 1953 | Ayer Mata | ||
| Permata Di Perlimbahan | |||
| Putus Harapan | Orang Gaji Hashim | ||
| 1954 | Merana | Rahmah | |
| 1955 | Penarek Becha | Ibu Azizah | |
| 1956 | Anak-ku Sazali | Mak Mahani dan Mansur | |
| Ribut | |||
| Keadilan Illahi | Bonda Puteri Nurani | ||
| 1957 | Kembali Seorang | ||
| Hantu Jerangkong | Mak Hitam | ||
| 1958 | Anak Pontianak | Mak Bidan / Perempuan Tua Hodoh | |
| Hantu Kubor | Mak Hitam | ||
| 1959 | Batu Belah Batu Bertangkup | Bomoh Mak Darat | |
| Dandan Setia | Permaisuri | ||
| Musang Berjanggut | Permaisuri Pura Cendana | ||
| Nujum Pa' Blalang | Ketua Inang | ||
| 1960 | Isi Neraka | Mak Uteh | |
| 1961 | Si Tanggang | Isteri Orang Kaya Inas | |
| Mas Merah | Ibu Delima | ||
| 1962 | Batu Durhaka | Ibu Mawar | |
| Lubalang Daik | ibu tunangan Singkip | ||
| 1963 | Korban | Bibah | |
| Pilih Menantu | Puan Habsah | ||
| Nasib Si Labu Labi | Guru Besar Persatuan Anak-Anak Yatim | ||
| Darah Muda | Arfah | ||
| Kasih Tanpa Sayang | Ibu Wan Kalsom | ||
| 1964 | Siapa Besar | Permaisuri | |
| Melanchong Ka Tokyo | |||
| 1965 | Dayang Senandong | Permaisuri Ampuan | |
| Bidasari | Isteri Saudagar | ||
| 1966 | Anak Buloh Betong | Permaisuri Tg. Karang | |
| Kacha Permata | Rokiah | ||
| 1967 | A Go Go 67 | ibu Fauziah | |
| 1972 | Harimau Jadian | ||
| 1975 | Keluarga Si Comat | Ibu Anizah |
Rujukan
Pautan luar
- Habsah Buang at IMDb
