Orang Minyak (1958)
| Orang Minyak | |
|---|---|
Poster filem orang minyak 1958 | |
| Directed by | L. Krishnan |
| Written by | Hamzah Hussin |
| Screenplay by | L. Krishnan |
| Produced by | Ho Ah Loke |
| Starring | |
| Edited by | Hussain Haniff |
| Music by | Yusof B. |
Production company | |
| Distributed by | Cathay Organisation |
Release date |
|
Running time | 106 minit |
Maklumat Tambahan | |
| Genre | jenayah, thriller, seram |
| Status | Ada |
| Format Warna | Hitam Putih |
| Kualiti Sumber | Yt-rip |
| Koleksi | Seram Madness 50-an |
| Siri | Orang Minyak |
| Kronologi | → Serangan Orang Minyak |
| Nota Arkib | Salinan ditonton di YT |
| “ | Aku belum minta fikiran kau Leha | ” |
—Mak Wan | ||
Orang Minyak (Judul Inggeris: The Oily Man) ialah sebuah filem thriller jenayah yang diterbitkan pada tahun 1958 di Singapura.
Ia diikuti dengan sekuel Serangan Orang Minyak yang juga diterbitkan pada tahun yang sama.
Title Credit
Cathay Organisation presents
A Keris Film Production
Orang Minyak
Or
The Oily Man
Starring
- S. Roomai Noor
- Salmah Ahmad
- M. Amin
- Noordin Ahmad
- Mariam
Supported By
- Musalmah * Dollah Serawak
- Mahmood June * Yem
- Kuswadi
- And
- Introducing
- Raja Ismail
Music By
- Yusof B.
Dance By
- Badan Kesenian Melayu
- (Pulau Berani & Belakang Mati)
Editing - Hussain Haniff
Processing - Kang Kee Chye
Screen Play - L. Krishnan
Dialogue - Hamzah
Sound Supervision - Chua Hung Boon
Recordist - Jamil Rais, Wan Lim Chye
Art Director - J.S. Antony
Asst. Director - M. Amin
Assistants
- Camera - A. Rahman
- Sound - Tan Beng Sim
- Editing - George Peterson
- Continuity - Tan Peng Suan
- Art - Ramalingam, K. Rajoo
Photographed By
- Tsin Ming Chin
- Han Kai Juan
Production Executive
- W.S. Hoalim
Production Manager
- E.B. David
Produced By
- Ho Ah Loke
Directed By
- L. Krishnan
Barisan Pelakon
- S. Roomai Noor sebagai Basir/Bakar
- Salmah Ahmad sebagai Rohaya
- M. Amin sebagai Orang Hilang Ingatan
- Nordin Ahmad sebagai Dasuki
- Mariam Baharum sebagai Leha
- Musalmah sebagai Mak Wan
- Yem sebagai Doktor Wahid
- Raja Ismail sebagai Rashid Dubas
- Kuswadinata sebagai Daud
- Dollah Sarawak sebagai Ah Wah
- Udo Umar sebagai ASP Anuar
- Mahmud Jun sebagai Marwan
Plot
Redacted
Runut Bunyi
- "Instrumental" - unknown
- "Instrumental" - muzik joget
- "Aku Tetap Menyinta" - Jasni, Saloma
Ulasan
Mengikut rekod dari tmdb & imdb, filem ini sepanjang 106 minit (1 jam 46 minit), tetapi video yang saya tonton cuma 1 jam 39 minit, bermaksud ada adegan yang di potong atau saya mendapat "copy" yang tidak lengkap. Tahun 1957 menyaksikan beberapa peristiwa berlaku di Singapura, antaranya:
- Isu pemecatan & mogok pekerja Malay Film Productions (akan dibahas pada suatu masa nanti)
- Fenomena filem Pontianak (terbitan Cathay-Keris juga) yang mencetuskan (kickstart) genre filem seram dalam arena filem-filem Melayu.
- Insiden orang minyak yang mencabul beberapa orang wanita.
Berbekalkan peristiwa no. 2 & 3 ini, berlumbalah studio filem ketika itu (MFP & Cathay-Keris) untuk menerbitkan filem bertema orang minyak. Filem Cathay-Keris ini menjadi pemenangnya, ditayangkan pada 12 Februari 1958, manakala filem MFP (arahan P. Ramlee) diterbitkan pada 20 April 1958. Memandangkan nama Orang Minyak telah diambil, maka P. Ramlee memilih nama Sumpah Orang Minyak sebagai pengganti.
Ada yang mengatakan P. Ramlee lebih cerewet dari segi "quality control" hingga menyebabkan filemnya terlewat dari jadual, Ada juga yang berkata beliau sengaja mengelak persaingan tidak sihat dengan Cathay-Keris ini. Kiranya beliau bersikap "gentleman" memberi laluan supaya filem ini ditayangkan terlebih dahulu. Saya pernah juga membaca keratan akhbar dari Arkib Singapura menyatakan P. Ramlee tangguhkan pembikinan "Sumpah Orang Minyak" kerana mahu siapkan "Bujang Lapok" terlebih dahulu.
Tak tahu mana satu yang betul, kita hanya mampu berspekulasi. Blog ini lebih banyak membawa tema "choose you own reality", yang kita tahu filem-filem orang minyak ini dibikin pada tahun 1957 dan diterbitkan pada tahun 1958.
Kenapa saya sebutkan dua filem ini? Kerana ramai orang yang selalu terkeliru. Filem Orang Minyak dan Sumpah Orang Minyak adalah dua filem yang berbeza tetapi kedua-dua diterbitkan pada tahun 1958. Lebih mengelirukan, filem Orang Minyak mempunyai sekuel bertajuk Serangan Orang Minyak (juga diterbitkan pada tahun 1958) dan kemungkinan sidequel Orang Lichin (juga diterbitkan pada tahun 1958). Malangnya filem Orang Lichin ini telah hilang dan saya tidak berkebolehan membahas filem yang hilang, Namun terdapat sedikit maklumat di page Facebook Famili Artis-Artis Legenda (FAL) jika anda ingin lebih tahu. Apa yang saya boleh simpulkan ketiga-tiga filem Orang Minyak, Serangan Orang Minyak & Orang Lichin berada dalam universe yang sama.
Saya kurang pasti jika Orang Minyak atau Orang Lichin terbit dahulu, dari kajian saya, Orang Minyak terbit pada 12 Februari dan Orang Lichin pada 26 Julai 1958 (Midnight Premiere). Sila betulkan jika berlaku kesilapan fakta.
Kemungkinan apa yang berlaku ialah Orang Lichin siap shooting terlebih dahulu dari Orang Minyak, tetapi Orang Minyak ditayangkan lebih awal.
Sumpah Orang Minyak telah menempa "cult status" di kalangan "fanbase" P. Ramlee, manakala filem Orang Minyak ini pula semakin lama semakin dilupai. Saya tak tahu kenapa, tapi filem-filem terbitan Cathay-Keris memang kurang dari segi jumlah "fanbase" nya.(Mungkin sebab "P.Ramlee factor")
Sekadar maklumat sampingan, saya bukanlah pakar dalam hal-hal mistik dan supernatural, tetapi dari kajian saya, fenomena orang minyak ini ialah seorang pengamal ilmu sihir yang mendapat "assignment" dari gurunya (selalunya disuruh memperkosa sejumlah wanita) supaya menjadi "lebih sakti" atau "ilmu sihirnya menjadi makin kuat".
Baiklah, kita sudah keluar tajuk untuk beberapa perenggan, namun ia penting untuk memberi sedikit konteks. Berbalik kepada filem ini, sejujurnya elemen mistik dalam filem ini agak minimum dan ia lebih menjurus ke arah genre "whodunnit" crime thriller. Kadang-kadang, saya dapat merasa "vibes" Gosford Park atau Murder on the Orient Express dari filem ini.
Kita boleh nampak elemen-elemen noir dalam filem, satu percubaan yang cukup bagus, tapi ada juga babak yang berlarutan & berjela-jela hingga boleh menyebabkan penonton berasa bosan, contohnya adegan mencari orang minyak ketika dalam keadaan bergelap (bekalan elektrik terputus).
Dari segi plot, ia sedikit "convoluted" dan simpang-siur, boleh membuat para penonton menggaru kepala, ada banyak yang perlu di "catch up", namun jangan risau kerana di penghujung filem akan ada "info dump" dari watak utama menjelaskan keadaan sebenar kepada kita.
Berbeza dengan filem Anjoran Nasib, di sini kita nampak seniwati Mariam dan Musalmah telah pun berumur dan memegang watak pembantu. Berdasarkan data dari letterboxd, ini merupakan filem terakhir Musalmah (sila betulkan jika salah) sebelum beliau mengucapkan selamat tinggal pada dunia perfileman. (EDIT: Kemunculan terakhir Musalmah dalam filem ialah pada filem Madu Tiga, tetapi tidak dikreditkan). Mariam pula akan terus menjadi anak seni sehingga di penghujung tahun 60-an dan akhirnya bersara. Persembahan mereka berdua memberi sedikit efek "kelakar", di mana karenah watak Leha (Mariam) yang penakut sering dibuli/diusik oleh majikannya Mak Wan (Musalmah).
Ini kali pertama saya menonton persembahan dari Salmah Ahmad dan saya tidak dapat komen apa-apa kecuali persembahan beliau sebagai anak orang kaya kena pada tempatnya. Filem-filem beliau sangat sedikit dan karier beliau tak sampai 10 tahun usianya.
S. Roomai Noor pula membawa wataknya dengan jayanya, seperti biasa loghat Bahasa Melayu beliau memiliki sedikit pengaruh "keindonesiaan". Beliau pernah terdampar di pulau Jawa sewaktu perang dunia ke-2 (kapal dinaikinya karam) dan diselamatkan oleh para nelayan di sana. Tidak hairanlah loghat beliau sedikit mengikut perbendaharan kata dari pulau Jawa setelah menetap beberapa tahun di sana. Seperti kata Jamil Sulong dalam memoirnya "Kaca Permata", kisah hidup S. Roomai Noor memang layak untuk difilemkan.
Cuma saya sedikit kecewa, watak Marwan (Mahmud Jun) dimatikan dalam tempoh 10 minit filem bermula. Mungkin motif "Decoy Protagonist" (hero palsu) cuba diterapkan dalam filem, begitu juga dengan watak Ah Wah (Dollah Sarawak), orang gaji yang mungkin dijadikan sebagai "False Antagonist" (penjahat palsu). Beberapa adegan cuba mewujudkan prasangka penonton bahawa beliau ialah orang jahat dengan niat tersembunyi, tetapi pada pendapat saya watak ini filler yang kurang berkesan dalam plot.
Watak Doktor Wahid (Yem) juga sedikit pelik. Tidak ada "character introduction/exposition" untuk watak ini, tiba-tiba muncul dan kita tertanya-tanya apa kaitannya dengan watak-watak yang lain, tapi ini disengajakan oleh penulis cerita ini dan semuanya akan terungkai di hujung filem nanti.
M. Amin pula seperti biasa membawa watak yang dingin & "calculated". Beliau pada awalnya selalu dikritik kerana pembawaan lakonannya yang kaku, tetapi bagi saya ini salah satu kelebihan beliau. M. Amin bolehlah dianggap "Keanu Reeves of Malaya", tetapi kelebihan sebenar beliau ialah di belakang tabir sebagai penolong pengarah (dan pengarah di masa akan datang). Saya yakin beliau banyak membantu L. Krishnan dalam lakon layar & "cinematography" filem ini.
Saya teragak-agak untuk menulis plot dan barisan pelakon, kerana rasanya plot twist filem ini memang bagus dan tidak harus di "spoil" kan. Bagi saya ini percubaan yang baik untuk membuat filem noir Melayu. Ia bukanlah filem terbaik, bukan citarasa semua orang, tapi tetap ada daya penariknya tersendiri.
Fakta / Trivia
- Filem pertama Mahmud Jun (dikreditkan sebagai Mahmood June)
- Filem pertama Kuswadinata (dikreditkan sebagai Kuswadi)
- Filem pertama Nordin Ahmad di Cathay-Keris
- Filem pertama Mariam Baharum di Cathay-Keris
- Filem ini mempunyai sekuel berjudul "Serangan Orang Minyak" juga diterbitkan pada tahun yang sama (1958)
Dialog Pilihan
| “ | Jahanam! Licin atau kesat, tangkap dia dengan cara apapun! | ” |
—ASP Anuar | ||
| “ | Aku belum minta fikiran kau Leha | ” |
—Mak Wan | ||
Death Count
- Marwan
- Rashid Dubas
- Kassim Dubas
