Senarai filem melayu (1946-1955)

From Wiki Filem Malaysia

Filem melayu 1946-1955

Pengenalan

Susunan filem mengikut kategori tahun-tahun ini sebenarnya kurang relevan kerana tidak ada perbezaan ketara antara sesebuah filem mengikut tahun sebelum & selepas. Contohnya, tidak banyak beza antara filem yang dikeluarkan tahun 1955 & 1956, ataupun 1960 & 1961, ia cuma angka.

Ada juga filem yang "shooting" pada tahun lain, tapi diterbitkan pada tahun yang lain. Contoh, filem Hang Tuah dibuat pada tahun 1954-55, tetapi hanya ditayangkan pada tahun 1956. Jadi, susunan katalog seperti ini mungkin memberikan gambaran yang kurang tepat dari segi kesinambungan kronologi.

Tujuan kategori ini dibuat hanya sekadar memudahkan tugas / lebih "convenient". Lagipun terdapat beberapa peristiwa penting ketika itu yang boleh dijadikan "milestone" dalam "timeline" filem-filem klasik ini.

Di masa akan datang, katalog ini mungkin akan digabungkan dalam satu senarai besar sebagai rujukan utama. Buat masa ini, ia akan dibahagikan kepada:

Catatan

  1. 1946-1955 ialah Era Keemasan filem Melayu part 1 (pendapat peribadi).
  2. Di sini, berlaku "gold rush" pembikinan filem dengan pelbagai eksperimen untuk mencari citarasa "mainstream" penonton.
  3. Pemenangnya ialah Malay Film Productions diikuti dengan Keris Film Productions.
  4. Terdapat studio filem ke-3 iaitu Nusantara Film Company. Malangnya studio filem ini ditutup pada tahun 1953 setelah menghasilkan 13 filem sahaja.
  5. Antara orang kuat Nusantara Film Company ialah S.Kadarisman dan Normadiah, kedua-duanya berhijrah ke Malay Film Productions.
  6. Sebanyak 101 filem diterbitkan dalam tempoh 1946-1955.
  7. 47 filem telah hilang / pupus / tidak dapat dijejaki.
  8. Era ini diingati dengan sumbangan para pengarah dari India. Shaw Brothers menganggap pengarah India sesuai untuk filem Melayu kerana orang Melayu tertarik dengan elemen nyanyian & tarian dalam filem-filem Hindi/Bollywood.
  9. B. S. Rajhans bolehlah dianggap sebagai Bapa Perfileman Melayu.
  10. A. R. Tompel mencipta sejarah pengarah tempatan pertama (tidak rasmi) dengan filem Perkahwinan Rahsia (1951) menggunakan nama Armaya.
  11. Haji Mahadi mencipta sejarah pengarah tempatan pertama (rasmi) dengan filem Permata Di-Perlimbahan (1952).
  12. Jaafar Wiryo menjadi pengarah tempatan yang berjaya menghasilkan 3 filem untuk Keris Film Productions, Ramlee Ramlah (1953), Kampong Nelayan (1953), dan Chinta Abadi @ Kembali Ke Desa (1954). Ketiga-tiga filem ini telah hilang.
  13. Terdapat sebuah filem yang tidak dapat disiapkan, bertajuk Perwira Di-Lautan Teduh (1951) juga arahan Jaffar Wiryo yang hilang ketika dalam penghantaran ke UK untuk proses pewarnaan.
  14. Eddy Infante menjadi pengarah Filipina pertama yang dilantik, menghasilkan filem Gadis Liar a.k.a Elephant Girl (1955). Kemungkinan filem ini merupakan filem Filipina yang dibikin di Singapura dan dialih suara ke Bahasa Melayu, ia turut menjadi filem hilang.
  15. Pengarah warga British seperti A.C Simmons mengarahkan filem Setia (1952), manakala Laurie Friedman mengarah 3 filem, Irama Kaseh (1955), Mutiara Dari Malaya (1955) dan Saudara-Ku (1955). Cuma Mutiara Dari Malaya yang tidak hilang.
  16. Era ini dianggap berakhir dengan 2 peristiwa penting:
    1. Pemergian B.S. Rajhans pada Mei 1955 akibat serangan jantung.
    2. Filem Penarek Becha, filem arahan pertama P. Ramlee (premier Oktober 1955) berjaya di box office dan seterusnya membuka lembaran baru iaitu "Era pengarah tempatan".


Senarai filem

Tarikh Tajuk Pengarah Syarikat Pengeluar Hilang Catatan
1946
30 Mac Menantoe Doerhaka (1946) B. S. Rajhans Tan Wong Film Company Yes
1947
16 Ogos Seruan Merdeka (1947) B. S. Rajhans Malayan Arts Productions Yes
15 November Singapura Di Waktu Malam (1947) B. S. Rajhans Malay Film Productions Yes
1948
15 April Chempaka (1948) B. S. Rajhans Malay Film Productions Yes
4 Ogos Pisau Berachun (1948) B. S. Rajhans Malay Film Productions Yes
26 Oktober Chinta (1948) B. S. Rajhans Malay Film Productions No Filem melayu tertua yang masih boleh ditonton (setakat ini)
1949
9 April Noor Asmara (1949) B. S. Rajhans Malay Film Productions Yes
25 Julai Nasib (1949) B. S. Rajhans Malay Film Productions No
25 September Nilam (1949) B. S. Rajhans Malay Film Productions No
1950
11 Februari Rachun Dunia (1950) B. S. Rajhans Malay Film Productions No
1 April Bakti (1950) L. Krishnan Malay Film Productions Yes
15 Julai Dewi Murni (1950) B. S. Rajhans Malay Film Productions No
19 Ogos Kembar (1950) S. Ramanathan Malay Film Productions No
16 September Takdir Illahi (1950) L. Krishnan Malay Film Productions No
2 Disember Aloha (1950) B. S. Rajhans Malay Film Productions No
1951
14 Januari Pembalasan (1951) L. Krishnan Malay Film Productions No
4 Februari Berdosa (1951) S. Ramanathan Malay Film Productions No
18 Mac Bapa Saya (1951) B. S. Rajhans Malay Film Productions No
5 Mei Pulau Mutiara (1951) S. Ramanathan Malay Film Productions Yes
19 Mei Penghidopan (1951) L. Krishnan Malay Film Productions No
31 Mei Pelangi (1951) Nas Achnas Nusantara Film Company Yes
16 Jun Sejoli (1951) B. S. Rajhans Malay Film Productions No
30 Jun Rayuan Sukma (1951) L. Krishnan Malay Film Productions No
19 Ogos Juwita (1951) S. Ramanathan Malay Film Productions No
28 September Perkahwinan Rahsia (1951) Armaya / Hsu Chow Meng Nusantara Film Company No
21 Oktober Derita (1951) L. Krishnan Malay Film Productions Yes
11 November Manusia (1951) S. Ramanathan Malay Film Productions Yes
1 Disember Norma (1951) Armaya Nusantara Film Company Yes
? Shorga Dunia (1951) B. S. Rajhans Malay Film Productions Yes
1952
23 Januari Aladdin (1952) B. S. Rajhans Malay Film Productions No
27 Februari Antara Senyum Dan Tangis (1952) L. Krishnan Malay Film Productions No
2 April Jiwa Lara (1952) S. Ramanathan Malay Film Productions No
19 April Anjoran Nasib (1952) B. S. Rajhans Malay Film Productions No
18 Mei Permata Di-Perlimbahan (1952) Haji Mahadi Malay Film Productions No
21 Jun Gadis Peladang (1952) B. S. Rajhans Malay Film Productions Yes
23 Jun Tas Tangan Wanita (1952) L. Krishnan Malay Film Productions No
2 Ogos Patah Hati (1952) K. M. Basker Malay Film Productions No
22 Ogos Chinta Murni (1952) Armaya Nusantara Film Company Yes
30 Ogos Sedarah (1952) S. Ramanathan Malay Film Productions No
28 September Yatim Piatu (1952) B. S. Rajhans Malay Film Productions No
8 November Lupa Daratan (1952) L. Krishnan Malay Film Productions Yes
1 Disember Miskin (1952) K. M. Basker Malay Film Productions No
Februari 1952 Sehati Serasa (1952) Armaya Nusantara Film Company Yes
April 1952 Sesal Tak Sudah (1952) Armaya Nusantara Film Company Yes
April 1952 Menchari Jodoh (1952) Armaya / M. Wijaya Nusantara Film Company Yes
? Budi Mulia (1952) Armaya / M. Wijaya Nusantara Film Company Yes
? Dian (1952) Nas Achnas Nusantara Film Company Yes
1953
3 Januari Chemburu (1953) S. Ramanathan Malay Film Productions No
8 Februari Raja Sahari (1953) B. S. Rajhans Malay Film Productions Yes
28 Februari Putus Harapan (1953) B. N. Rao Malay Film Productions No
8 Mac Seniati (1953) Nas Achnas Nusantara Film Company Yes
12 April Hati Iblis (1953) K. M. Basker Malay Film Productions No
13 Jun Ibu (1953) S. Ramanathan Malay Film Productions No
13 Jun Ramlee Ramlah (1953) Jaffar Wiryo Keris Film Productions Yes
3 Julai Pachar Puteh (1953) Nas Achnas Nusantara Film Company Yes
5 Julai Istana Impian (1953) V. Girimaji Malay Film Productions No
15 Ogos Hujan Panas (1953) B. N. Rao Malay Film Productions No
13 September Ayer Mata (1953) K. M. Basker Malay Film Productions No
28 September Angin Berpesan (1953) Nas Achnas United Film / South-East Asia Film Co Yes
4 Oktober Kerana Kau (1953) K. R. S. Sastry Malay Film Productions No
31 Oktober Sangsara (1953) S. Ramanathan Malay Film Productions No
31 Oktober Bunga Perchintaan (1953) L. Krishnan Rimau Film Yes
7 November Siapa Salah? (1953) B. N. Rao Malay Film Productions No
21 November Buloh Perindu (1953) B. S. Rajhans Keris Film Productions Yes
31 Disember Mangsa (1953) K. M. Basker Malay Film Productions No
? Berbahagia Di Singapura (1953) B. S. Rajhans Keris Film Productions Yes
? Kampong Nelayan (1953) Jaffar Wiryo Keris Film Productions Yes
? Untok Sesuap Nasi (1953) L. Krishnan Rimau Film Yes
? Setia (1953) A. C. Simmons Keris Film Productions Yes
1954
30 Januari Arjuna (1954) V. Girimaji Malay Film Productions No
20 Mac Insaf (1954) B. S. Rajhans Keris Film Productions Yes
1 April Dahlia (1954) B. S. Rajhans Keris Film Productions Yes
3 April Nafsu (1954) L. Krishnan Keris Film Productions Yes
10 Mei Gelora Hidup (1954) B. N. Rao Malay Film Productions No
2 Jun Iman (1954) K. R. S. Sastry Malay Film Productions No
2 Jun Terang Bulan Di-Malaya (1954) B. S. Rajhans Keris Film Productions Yes
4 Julai Panggilan Pulau (1954) S. Ramanathan Malay Film Productions No
25 Julai Perjodohan (1954) B. N. Rao Malay Film Productions No
31 Julai Pawang (1954) K. M. Basker Malay Film Productions No
8 Ogos Tangisan Ibu (1954) L. Krishnan Keris Film Productions Yes
28 Ogos Kechewa (1954) S. Ramanathan Malay Film Productions No
3 Oktober Jasa (1954) S. Ramanathan Malay Film Productions Yes
27 November Merana (1954) B. N. Rao Malay Film Productions No
26 Disember Pertarohan (1954) L. Krishnan Keris Film Productions Yes
? Chinta Abadi @ Kembali Ke Desa (1954) Jaffar Wiryo Keris Film Productions Yes
1955
30 Januari Kipas Hikmat (1955) S. Ramanathan Malay Film Productions No
6 Mac Kaseh Menumpang (1955) L. Krishnan Shah Film Yes
2 April Insan (1955) K. M. Basker Malay Film Productions No
30 April Empat Isteri (1955) B. S. Rajhans Malay Film Productions Yes
22 Mei Selamat Hari Raya (1955) L. Krishnan Keris Film Productions Yes
23 Mei Abu Hassan Penchuri (1955) B. N. Rao Malay Film Productions No
23 Mei Irama Kaseh (1955) Laurie Friedman Keris Film Productions Yes
28 Julai Jubah Hitam (1955) S. Ramanathan Malay Film Productions Yes
28 Ogos Gadis Liar (1955) Eddy Infante Malay Film Productions Yes
3 September Duka Nestapa (1955) L. Krishnan Keris Film Productions Yes
2 Oktober Roh Membela (1955) B. N. Rao Malay Film Productions No
30 Oktober Penarek Becha (1955) P. Ramlee Malay Film Productions No
26 November Menyerah (1955) K. M. Basker Malay Film Productions No
4 Disember Selamat Tinggal Kekasehku (1955) L. Krishnan Keris Film Productions No
? Mutiara Dari Malaya (1955) Laurie Friedman Keris Film Productions No
? Saudara Ku (1955) Laurie Friedman Keris Film Productions Yes